Pengenalan

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)


EKSA adalah akronim kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia). EKSA merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam, dengan tujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan melahirkan idea dan aktiviti kerativiti dan inovasi.


Latar Belakang

MAMPU telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010, yang mana agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperolehi Pensijilan Amalan 5S melalui pihak MAMPU (Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan).  Tempoh pensijilan 5S ini adalah selama 2 tahun sekali. 
Pada tahun 2013, proses penjenamaan semula 5S Sektor Awam, dengan acuan sendiri dan tidak mengguna pakai nama 5S (berasal dari Jepun : Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke) telah dimulakan dengan pelaksanaan Makmal 5S dan uji rintis EKSA. Program ini menggunakan kriteria yang ditambah baik hasil perbincangan dan idea dari ‘pakar-pakar’ wakil agensi sektor awam yang telah memperolehi Sijil 5S Sektor Awam sebelum ini.

Pada awal tahun 2014, program training of trainers (ToT) telah dilaksanakan yang melibatkan peserta daripada pelbagai agensi Sektor Awam dan Institut Latihan Awam (ILA) yang terpilih untuk memberi penjelasan berhubung pelaksanaan EKSA. Juga untuk memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif, memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh berhubung kriteria baru EKSA, menyediakan latihan amali berkaitan tatacara pengauditan EKSA. Program ini telah melahirkan juruaudit yang terlatih dan berkaliber bagi proses pengauditan dan pensijilan EKSA. Dengan perancangan rapi MAMPU, maka EKSA telah disebar luaskan melalui Surat Pekeliling EKSA 2014.
  
Tujuan Penjenamaan Semula
Antara tujuan penjenaaam semula nama 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus kepada persekitaran kerja yang kondusif, ke arah kepelbagaian agensi, mengutamakan kreativiti dan inovasi dan ‘go-green’.

Faedah EKSA
Antara faedah dari pelaksanaan EKSA ini adalah:
  • Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti;
  •  Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi;
  •  Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran;
  • Meningkatkan semangat ‘esprit de corp’;
  • Meningkatkan displin warga agensi/jabatan, dan
  • Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.
Pensijilan EKSA
Dengan penambahbaikan kriteria sedia ada kepada yang baru (lebih terperinci mengikut kesesuaian persekitaran tempat kerja), serta perlantikan ‘Champion EKSA' kepada wakil-wakil pegawai sektor awam/ILA yang terpilih.
Pihak MAMPU berusaha untuk menyegerakan proses pensijilan dengan aliran seperti berikut :
  1. PERMOHONAN – Kemukakan Surat Rasmi kepada Ketua Pengarah MAMPU dengan mengemukakan laporan Audit Dalam
  2. PENGAUDITAN – 1 @ 2 hari sesi audit 5S MAMPU, bergantung kepada lokasi dan bilangan zon
  3. PELAPORAN – akan disediakan 1 hari selepas sesi pengauditan
  4. PENSIJILAN – akan diberi hanya 3 hari selepas pengauditan (jika memenuhi syarat)